ikut al-Quran dan Sunnah:

Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa

Monday, December 5, 2011

kertas kerja seminar Universiti Malaya





ANALISIS DAPATAN KAJIAN TAKHRIJ HADITH DALAM PENYELIDIKAN DOKTOR FALSAFAH DAN SARJANA DI APIUM

Prof. Madya Dr. Ishak Hj. Suliaman, Dr.Khadher bin Ahmad, Mohd Syukri Mohd Noor, Shahril Nizam Zulkipli, Khairul Saufil Hadi

Takhrij hadith adalah salah satu daripada bidang ilmu hadith yang sangat penting dalam proses untuk menilai, mengkaji, mencari sumber dan menganalisis hukum hadith. Bahkan bidang ini mendapat tempat dikalangan para penyelidik peringkat ijazah tinggi khususnya di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (APIUM) untuk mengaplikasikan ilmu takhrij hadith dalam kajian mereka.Artikel ini akan memaparkan hasil penyelidikan yang telah dijalankan di peringkat ijazah doktor falsafah (PhD) dan sarjana (master) dalam bidang takhrij hadith di APIUM. Kajian ini bertujuan untuk memaparkan dapatan kajian hasil penyelidikan yang telah dijalankan disamping menganalisa keseluruhan dapatan kajian tersebut. Kajian ini amat penting dalam usaha untuk memaparkan dan mendedahkan hasil penyelidikan yang telah dijalankan dalam bidang takhrij di samping menjadi pemudahcara kepada para pengakaji dalam bidang takhrij hadith.


MEMPERKASAKAN TAMADUN ISLAM MELALUI TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT:SEJARAH DAN AMALAN DALAM PERBANKAN ISLAM

Profesor. Dr Joni Tamkin Bin Haji Borhan, Norajila Binti Che Man,

Isu mengenai tanggungjawab sosial korporat atau corporate social responsibility (CSR) ini telah lama diperbincang dan diperdebatkan di seluruh dunia semenjak ianya mula diperkenalkan pada tahun 1960-an di negara-negara barat. Namun begitu, konsep CSR ini tidak begitu diperbincangkan secara meluas di tahun-tahun awal pelaksanaannya. Ianya mula kembali hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini disebabkan oleh perubahan yang berlaku dalam nilai sosial masyarakat yang disebabkan oleh gaya hidup yang semakin kompetetif, kesan globalisasi dan juga liberalisasi serta masalah sosial yang semakin meruncing yang berlaku dalam masyarakat sekarang. CSR sangat penting memandangkan perkembangan serta kemajuan sesebuah institusi korporat banyak bergantung kepada faktor-faktor lain selain keuntungan perniagaan semata-mata. Sokongan pelbagai kumpulan masyarakat seperti pengguna, pekerja, pemilik modal, kumpulan bukan pengguna serta masyarakat umum banyak membantu dalam meningkatkan prestasi dan kemajuan sesebuah institusi korporat. Ianya merupakan satu tanggungjawab sosial perniagaan bagi mengatasi masalah dan isu sosial serta mengandungi matlamat politik dimana perniagaan dapat menjadi penyelamat dan penyelesai masalah dalam masyarakat.


ISU-ISU AKIDAH DALAM KITAB JAWI: ANALISA KITAB `AQIDAH AL-NAJIN

Dr. Faizuri bin Abd. Latif

Akidah Islam , Akidah atau dasar pegangan hati yang betul dan benar merupakan syarat pertama yang memungkinkan seseorang mencapai kebahagiaan abadi di akhirat kelak.2 Ia merupakan asas dan dasar kepada amalan Islam seseorang. Individu yang tidak memiliki akidah menyebabkan amalannya tidak diterima oleh Allah S.W.T. Kepentingan akidah dalam Islam dapat dilihat dengan penekanan Rasulullah S.A.W. dalam dakwah baginda samada pada period Mekah atau Madinah.3 Pada periode Mekah baginda memberi penekanan kepada tiga aspek utama iaitu beriman kepada Allah S.W.T., beriman kepada rasul dan hari akhirat. Manakala pada periode Madinah agenda akidah masih lagi diberikan keutamaan dalam dakwah baginda.

KAJIAN-KAJIAN MENGENAI MANUSKRIP MELAYU ISLAM DI JABATAN SEJARAH DAN TAMADUN ISLAM, AKADEMI PENGAJIAN ISLAM, UNIVERSITI MALAYA : SUATU TINJAUAN AWAL

Faisal @ Ahmad Faisal Abdul Hamid1 Niswa Noralina Abdullah Nurul Wahidah Fauzi

Manuskrip Melayu merupakan gambaran sebenar warisan budaya masyarakat Melayu pada masa silam yang menyentuh keseluruhan aspek kehidupan mereka termasuklah kosmologi, prinsip hidup, tatasusila kehidupan, pancapaian masyarakat dan sosio-budaya. Ia merangkumi segala bentuk tulisan tangan dalam bahasa rumpun Melayu mengenai alam Melayu dan ketamadunannya. Manuskrip yang terhasil adalah merupakan khazanah yang amat bernilai untuk dimanfaatkan oleh masyarakat kini, terlalu banyak pedoman dan pengajaran yang boleh dijadikan pembimbing ke arah membina kembali rasa kagum dan akhirnya menggapai semula kegemilangan bangsa yang telah hilang. Hampir setiap kawasan daerah negeri di seluruh Nusantara mewariskan kepada generasi kini manuskrip tinggalan para ulama dan cerdik pandai Melayu dalam pelbagai bidang. Uniknya setiap satu itu mempunyai ciri yang berbeza di antara satu sama lain. Perbezaan itu kadangkala disebabkan oleh konsep pegangan seorang ulama atau latar sejarah yang mendasari kehidupan mereka.

TUAN TABAL DAN KUALITI UTAMA ZIKRULLAH DAN IBADAT SATU SOROTAN BERASASKAN TULISANNYA JALA’ AL-QULUB BI ZIKRULLAH

Profesor Madya Dr. Ahmad Zaki Berahim @ Ibrahim

Tuan Tabal/Ta‟bai atau nama sebenarnya Hj. Wan Abdul Samad bin Mohammad Salleh yang hidup pada sekitar pertengahan kurun ke-19 adalah antara ulama besar Malaysia yang terlibat secara aktif dalam lapangan pendidikan dan persuratan Melayu. Karya-karya tulisan utamanya melibatkan disiplin, tasawuf yang dihasilnya ialah Jala’ Al-Qulub Bi Zikrullah atau menyucikan hati dengan menyebutkan Allah. Mengikut Tuan Tabal risalah ini sempurna ditulis pada 28 Muharram 1287 H bersamaan Julai 1861 M. Walaupun risalah ini dilihat dari sudut sifat zahirnya agak kecil dengan hanya menggunakan sekitar 25 halaman tulisan Jawi, namun dilihat dari sudut nilai perbahasannya mengenai kualiti utama zikir dan ibadat kepada Allah adalah penting kerana pengabdian (ibadat) terhadap Allah menjadi asas penciptaan dan penempatan manusia di muka bumi ini.


KITAB AL-SIRAT AL-MUSTAQIM KARANGAN SHAYKH NUR AL-DIN AL-RANIRI: SATU PENTAHKIKAN

Prof. Madya Dr Abdul Karim Bin Ali, Jamalluddin Bin Hashim
Sejak tersebarnya agama Islam di Nusantara ini melalui usaha-usaha para pendakwah, perkembangannya menjadi sungguh pesat terutama sekali apabila pemerintah ketika itu turut menganut Islam2. Maka usaha-usaha untuk menyebarluaskan ajaran-ajaran Islam telah dilakukan oleh para alim ulama melalui pelbagai cara, antaranya melalui bahan-bahan penulisan yang dikarang oleh mereka3. Karangan-karangan mereka itu menjadi rujukan kepada masyarakat ketika itu sebagai panduan kepada mereka untuk menjalani kehidupan sehari-hari sama ada pada perkara-perkara yang melibatkan individu dengan Tuhan-nya mahupun kehidupan bermasyarakat. Karangan-karangan para ulama tersebut merangkumi segala disiplin ilmu-ilmu Islam seperti akidah, fiqh, hadith, tasawwuf, tafsir dan lain-lain lagi. Antara ulama-ulama yang aktif mengarang di Nusantara ini adalah Shaykh Nur al-Din al-Raniri, Shaykh „Abd al-Ra„uf al-Fansuri, Shaykh Muhammad Arshad al-Banjari dan Shaykh Dawud b. „Abd Allah al-Fatani. Mereka telah menghasilkan karangan-karangan yang hebat dan amat bernilai sekali dalam pelbagai disiplin ilmu-ilmu Islam dan menjadi rujukan kepada umat Islam di Nusantara sehingga kini. Ada di antara karangan-karangan mereka itu diperolehi dalam bentuk buku yang telah melalui proses pencetakan dan penjilidan mengikut perkembangan masa kini. Namun begitu, masih terdapat karangan-karangan mereka itu yang sampai ke tangan kita dalam bentuk manuskrip bertulisan tangan. Manuskrip-manuskrip tersebut perlu diolah semula supaya dapat dikeluarkan dalam bentuk yang lebih moden supaya hasil-hasil penulisan warisan para alim ulama tersebut dapat dimanfaatkan oleh generasi masa kini.


Pengaruh Globalisasi Dan Kesannya Terhadap Budaya Kehidupan Masyarakat Islam Di Malaysia


Profesor Madya Dr. Che Zar’rina Sa’ari, Baterah Alias.


Abstrak, Globalisasi merujuk kepada jaringan hubungan manusia sejagat yang melampaui batas fizikal dan sempadan geografi, ideologi,budaya, kepercayaan dan sebagainya dalam pelbagai bentuk sehingga melahirkan sebuah budaya bersama yang sedunia sifatnya iaitu budaya global yang homogen. Globalisasi ini telah memberikan kesan yang besar kepada budaya kehidupan masyarakat Islam yang nyatanya bertentangan dengan Islam. Konsep 3F (Fun, Food and Fesyen) yang diperkenalkan oleh Barat telah mendapat tempat dalam budaya kehidupan masyarakat Islam sehingga melunturkan jati diri dan menghilangkan identiti agama mereka. Kealpaan dan kelalaian umat Islam mengaplikasi Maqasid Syariah dalam kehidupan bermasyarakat untuk menjaga kemaslahatan manusia demi menjamin dan memartabatkan agama, nyawa, akal, keturunan dan harta mengakibatkan berlakunya gejala sosial dalam kalangan masyarakat Islam kini. Fenomena ini menyebabkan globalisasi berupaya mensekularisasikan budaya kehidupan masyarakat Islam yang mengamalkan Islam sebagai “way of life’ kepada cara hidup Barat sebagaimana yang kita lihat dan tengok pada masa kini. Oleh itu, anjakan paradigma diperlukan dengan melakukan tajdid ilmu dan tajdid pendidikan dalam kalangan umat Islam bagi mempertahankan Islam daripada terus diabaikan. Justeru itu, kertas kerja ini akan membincangkan, apakah konsep globalisasi dan pengaruh serta kesannya terhadap budaya kehidupan masyarakat Islam dengan mengambil pendekatan maqasid syariah sebagai suatu mekanisme dalam menghadapi cabaran globalisasi. Suatu analisis tentang kesan yang dihadapi oleh masyarakat Islam kesan daripada pengabaian maqasid syariah di era globalisasi khususnya di Malaysia dan dunia Islam amnya.


Globalization And Its Impact On The Islamic Malaysian Higher Learning Institution: An Historical Analysis


Profesor Madya Dr. Mohamad Kamil bin Haji Abdul Majid, Dr.Rahimin Affandi Abd. Rahim, Dr. Datin Paizah Ismail, Sofhan Jamiela Rosli.


Abstract, The arrival of globalization had become the irrefutable phenomenon in parallel with the developed nature of Malaysia. It’s referring to borderless world which is connected to each other’s. Globalization had led to major impact in every sector of human life, specifically the educational system. The innovation of technological aspect had further hustling a significant impact on the recent world educational system. Besides, it also created a neo-colonization throughout the world. In order to improve the quality of national higher educational system, the Malaysian Higher Learning Ministry had introduced The National Higher Learning Strategic Plan. Based on such setting background, this article will focus on the impact of globalization on the Malaysian higher learning institution which designed to be divided into several sections. First, the introduction of the study. Second, the role of Islamic higher learning institution in the Malaysian history, followed by the third section; the impact of globalization and neo-colonization on the Malaysian higher learning institution. Finally, the study will be summarized and concluded in the fourth section.



الإعجاز العددي: مفهومه وضوابطه "دراسة استقرائية تحليلية"
إعداد: أ.د. ذو الكفل محمد يوسف
ملخّص البحث
مع التقدّم العلمي الهائل الذي شهده عصرنا، وشمل جميع المجالات وكافة مناحي الحياة، ظهرت دراسات كثيرة تتناول القرآن الكريم بالدراسة والبيان وتروم إظهار وجوه أخرى لإعجازه غير الوجوه التي طرقها الأوّلون على كثرة دراستهم للقرآن الكريم. ومن هذه الدراسات الإعجاز العددي أو الرقمي للقرآن الكريم بسوره وآياته وحروفه
وقد تعدّدت الآراء في مسألة الإعجاز العددي وتنوّعت بين مجيز له ومانع! بل ومستنكر له بدعوى أن هذا تقوُّل على القرآن من غير حجّة أو بيان! وقد جاء هذا البحث ليحدّد حقيقة هذا الفن من فنون البحث العلمي في مجال القرآن الكريم وعلومه، والوقوف على مفهوم الإعجاز العددي أو الرقمي، ودواعي البحث في هذا النوع من الإعجاز؟ مع تحديد الضوابط الشّرعية والعلمية التي تتحكم فيه، وتلزم خطوات الخوض فيه؟
ولتحقيق ذلك فقد جاء البحث في مقدمة ومحورين، وخاتمة.
المحور الأول: ويتضمّن تحديد مفهوم الإعجاز العددي، ومجالاته، مع بيان الدواعي والأسباب التي ألزمت ظهور هذا النوع من أنواع البحث القرآني مع الإشارة إلى فوائده.
المحور الثاني: ويعالج بيان الضّوابط الشّرعية والعلمية التي يجب أن تتحكم في عملية البحث في الإعجاز العددي أو الرّقمي في القرآن الكريم؛ ليكون المسار بعيدا عن التقوّل على الله بغير علم أو سلطان.
وأخيرا تأتي الخاتمة المتضمنة نتائج البحث وتوصياته.




KAJIAN HADIS DI INDONESIA, INSTITUSI FORMAL DAN TIDAK FORMAL


Profesor. Dr. KH. Ali Mustafa Yaqub MA


Salah satu penyebab runtuhnya Kerajaan Majapahit di Jawa (1400 M, Sirna Ilang Kentaning Bumi),adalah masuknya agama Islam ke Tanah Jawa. Ini berarti, agama Islam sudah masuk ke Tanah Jawa pada abad ke 14 M. Islam yang masuk di Jawa tentulah membawa al-Qur`an, Hadis, dan Ilmu Hadis. Namun tidak ada catatan sejarah, siapa putera Jawa yang dapat disebut Ahli Hadis pada masa itu. Kajian Hadis di Indonesia tampaknya tidak dapat dilepaskan dari peran Syeikh Muhammad Mahfudh al-Tirmasi. Beliau yang di Indonesia akrab disapa dengan Kiai Mahfudh, adalah Putera Indonesia yang disebut-sebut sebagai ulama Hadis bertaraf internasional. Sebutan ini tampaknya disebabkan oleh karya beliau yang mensyarahi kitab Mandhumat `Ilm al-Atsar karya Imam al-Suyuthi (w. 911 H) yang kondang disebut dengan Alfiyah al-Suyuthi dalam kitabnya yang benama Manhaju Dzawi al-_adhr. Kata al-Tirmasi (ada yang menyebut al-Turmusi) dinisbahkan kepada nama desa Termas di Kabupaten (Distrik) Pacitan Provinsi Jawa Timur


HADIS-HADIS MASYHUR DALAM MASYARAKAT ISLAM DI MALAYSIA: REALITI DAN KEPERLUAN TAKHRIJ


Dr. Faisal bin Haji Ahmad Shah, Profesor Dr. Jawiah Dakir, Prof. Madya Dr. Udah Mohsin, Prof. Madya Dr. Mazlan Ibrahim


Hadis berfungsi sebagai sumber kedua dalam syariat Islam selepas al-Quran. Fungsinya adalah dirujuk kepada peranan al-Sunnah atau Hadis terhadap al-Quran, yang antara lain sebagai penerang kepada nas-nas al-Quran yang umum, mentaqyidkan yang mutlak hatta membina hokum berdasarkan kepada daripada al-Quran. Kerana itu boleh disimpulkan bahawa umat Islam tidak dapat melaksanakan ajaran Islam dengan betul dan sempurna sekiranya tidak berpandukan pertunjuk dan praktik al-Sunnah atau Hadis.


INSTITUT KAJIAN HADITH DAN SUNNAH NABI (DAR AL-HADITH) DI MALAYSIA: SUATU CADANGAN

Profesor Madya Dr Fauzi Bin Haji Deraman

Pengajian dan pengkajian hadith mempunyai sejarahnya yang sangat panjang yang telah merentasi tempoh masa dan membawalah ke zaman kini. Melalui zaman kegemilangan, muram dan bangkit semula. Bermula penerimaan para sahabat dari Rasulullah (s.a.w.) dan kemudiannya periwayatan para sahabat yang membawa kepada tempoh pentadwinan yang agak panjang sehingga hadith mencapai zaman kegemilangannya


ISU-ISU UTAMA DALAM TAKHRIJ HADITH

Dr Faisal Ahmad Shah

Perkataan takhrij berasal daripada al-fiil al-Thulathi kha ra ja yang bermaksud zahara iaitu “nampak” atau “jelas”. Jika kalimah tersebut ditambah huruf alif pada awalnya maka jadilah ia akh ra ja iaitu menampakkan atau memperlihatkan.1 Firman Allah dalam surah al-Fath ayat 29 Yang bermaksud: Demikianlah sifat mereka yang tersebut dalam kitab Taurat dan sifat mereka dalam kitab Injil pula ialah (bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya sehingga ia menjadi kuat lalu ia tegap berdiri di atas pangkal batangnya


METODE SHEIKH AL-MARBAWI DALAM TAKHRIJ HADITH: TUMPUAN KEPADA KITAB BAHR AL-MADHI

Dr Faisal bin Ahmad Shah, Profesor Madya Dr Fauzi Deraman

Kitab Bahr al-Madhi merupakan sebuah kitab terjemahan dan syarahan hadis-hadis pilihan daripada kitab al-Jami‘ oleh Imam al-Tirmidhi (m.279H). Kedudukan kitab al-Jami‘ sebagai salah satu kutub al-sittah yang menjadi rujukan utama dalam disiplin ilmu hadis meningkatkan kepentingan kitab Bahr al-Madhi. Ini di tambah pula dengan kedudukan kitab Bahr al-Madhi sebagai sebuah kitab syarahan hadis terawal pernah dihasilkan oleh seorang tokoh ulama Melayu. Usaha al-Marbawi menterjemahkan sejumlah dua ribu tujuh ratus lapan puluh satu (2781) buah hadis dan mensyarahkannya merupakan suatu usaha agong yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana ulama Melayu sehingga ke hari ini. Dari sudut penggunaannya, kitab Bahr al-Madhi masih mengekalkan rating permintaan yang tinggi di kalangan pembaca. Buktinya kitab tersebut telah dicetak berulang-ulang kali oleh beberapa syarikat percetakan dan penerbitan sama ada dari dalam dan luar negeri. Kali pertama kitab Bahr al-Madhi dicetak ialah pada tahun 1933M oleh Syarikat Maktabah wa Matba‘ah al-Babi al-Halabi di Mesir diikuti kemudiannya oleh Dar al-Fikr. Keduadua syarikat percetakan ini merupakan antara beberapa syarikat percetakan yang mencetak dan menjual karya-karya penulisan ulama al-Azhar di Mesir. Kitab ini terus dicetak antaranya oleh Maktabah al-Hikam al-Diniyyah, Maktabah al-Syuruq al-Duwaliyyah, Mesir dan Maktabah al- Nahdi wa Awladuhu di Bangkok


ANALISIS BENTUK-BENTUK MATAN HADITH DALAM KITAB JAWI NUSANTARA:PENENTU ARAH DALAM TAKHRIJ HADITH

Dr. Khadher bin Ahmad

Pelbagai usaha dijalankan kini untuk membantu memartabatkan hadith Nabi SAW. Sama ada kecil atau besa usaha tersebut, perkara yang utama adalah untuk memastikan hadith dan sunnah Nabi SAW berada pada tarafnya yang kedua selepas al-Quran. Usaha mentakhrij hadith-hadith Nabi SAW daripada kitab-kitab Jawi di alam Melayu adalah salah satu daripada usaha besar dalam membantu meninggikan martabat hadith dan memastikan sumber serta keautoritian hadith yang dijadikan sebagai sumber dalil terjamin dan terpelihara. Hal ini kerana daripada usaha yang telah dijalankan didapati kebanyakan kitab-kitab Jawi kurang mementingkan nilai dan taraf hadith yang dijadikan sumber dalil. Bahkan, pada sebahagian hadith, tidak pula dinyatakan sumbernya yang menyebabkan timbul keraguan serta pertikaian dalam pemakaian hadith-hadith dalam kitab-kitab tersebut. Oleh yang demikian, adalah sangat wajar kajian dan penelitian semula dilakukan terhadap kitab-kitab Jawi khususnya dalam usaha membantu menilai dan mengkaji hadith-hadith yang dijadikan sumber dalil di dalam kitab-kitab Jawi tersebut. Tambahan lagi, usaha ini bukan di atas niat untuk mengkritik atau mendedahkan kelemahan para pengarang kitab-kitab Jawi tersebut.Bahkan, tidak lain melainkan usaha untuk membantu melengkapkan beberapa kekurangan yang terdapat dalam kitab dan memastikan dalil-dalil yang digunapakai khususnya dari hadith-hadith Nabi SAW adalah daripada hadith yang terjamin kualiti dan tarafnya sebagai sumber dalil yang boleh dipegang dan dijadikan sebagai panduan. Adalah sangat tidak wajar untuk menisbahkan atau menyandarkan sesuatu ungkapan atau kata-kata sebagai sabda Nabi SAW atau perilaku Nabi SAW sedangkan tidak ada sumber yang menyebutkannya atau tidak ada sumber yang jelas dan kuat menyebutkannya. Sebagai seorang Muslim, akan timbul rasa kekecewaan jika seorang Nabi SAW dinisbahkan dengan ungkapan-ungkapan atau kata-kata yang sama sekali tidak disebutkan olehnya. Jadi, usaha mentakhrij hadith dan menilai semula hadith-hadith yang terdapat dalam kitab-kitab Jawi adalah amat wajar disegerakan


APLIKASI PEMIKIRAN KRITIS DALAM TAKHRIJ AL-HADITH

Profesor Madya Dr. Mohd Fauzi Bin Hamat, Mohd Sobri Bin Ellia

Ilmu tentang pentakhrijan hadis atau `ilm takhrij al-hadith adalah suatu ilmu yang disusun oleh para ulama hadith bagi menentukan kedudukan sesuatu hadis dari segi kuat dan lemahnya dan membendung penularan hadis-hadis mawdu’1 atau palsu yang telah direka oleh golongan-golongan tertentu secara halus dalam masyarakat Islam. Didapati dalam kandungan ilmu ini beberapa unsure pemikiran kritis yang dijadikan instrumen untuk menilai sesuatu hadis. Unsur-unsur seperti kemahiran menganalisis dan menilai sesuatu maklumat dijadikan asas utama yang membentuk rumusan ilmu ini dengan tujuan untuk menyelesaikan masalah pemalsuan hadis yang berlaku dalam masyarakat Islam atau membuat keputusan tentang kedudukan hadis-hadis tersebut. Dalam makalah ini akan dibentangkan unsur-unsur tersebut bagi membuktikan bahawa ilmu ini boleh dijadikan asas sandaran hujah bahawa hadis-hadis yang diamalkan oleh majoriti umat Islam kini telah melalui satu proses tapisan yang cermat dan teliti sebelum ia layak dijadikan sebagai sumber rujukan kedua umat Islam di seluruh dunia


ILMU TAKHRIJ DI MALAYSIA: SATU TINJAUAN APLIKASI

Dr. Faisal bin Ahmad Shah, Mohd Al’Ikhsan b. Ghazali

Al-Qur'an dan al-Sunnah merupakan dua sumber agung dan utama yang ditinggalkan oleh junjungan Nabi Muhammad s.a.w untuk dijadikan rujukan kepada pengikutnya di muka bumi ini. Sabda Baginda s.a.w: Maksudnya: Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama-lamanya selagi mana kamu berpegang kepada kedua duanya,Kitab Allah dan sunnahku”

KEPENTINGAN TAKHRIJ AL-HADITH TERHADAP PENULISAN AL-SIRAH AL-ABAWIYYAH BAHASA MELAYU: SOROTAN TERHADAP KISAH DAN KARYA TERPILIH

Profesor Madya Dr. Fauzi Deraman, Ahmad Saifuddin Yusof

Al-Sirah al-abawiyyah adalah salah satu ilmu yang perlu dipelajari dan difahami oleh setiap Muslim. Kedudukan ilmu adalah setaraf dengan ilmu-ilmu yang lain sehinggakan para ulama’ mutaqaddimin dan muta’akhkhirin menulis karya khusus berkaitan al-Sirah al-Nabawiyyah.Penulisan karya sirah ini berkembang dari semasa ke semasa melangkaui sempadan benua dan bahasa termasuk daripada karya ulama semasa. Ia ditulis dan disusun dalam pelbagai bahasa dengan uslub dan gaya bahasa tersendiri. Lantaran itu, karya Sirah abawi harus bersih daripada unsurunsur kepalsuan, mitos atau rekaan yang boleh menjejaskan kredibiliti baginda s.a.w. sebagai Rasul akhir zaman bahkan role model bagi seluruh manusia. Kepentingan terhadap sumber yang sahih serta berautoriti akan menjamin karya penulisan al-Sirah al-abawiyyah. Justeru, karya-karya sirah terutama karya Bahasa Melayu perlu prihatin terhadap nukilan kisah yang dimuatkan di dalam tulisan masing-masing.

MEMASYARAKATKAN ILMU TAKHRIJ HADITH PADA KHALAYAK PENULIS DI MALAYSIA

Dr. Munirah Abd Razzak, ustaz Nik Mohd Zaim Ab Rahim

Umum mengetahui bahawa hadith Nabi s.a.w adalah sumber kedua ilmu pengetahuan dan perundangan dalam Islam selepas al-Quran al-Karim. Ia digunakan sebagai dalil dan hujah bagi menyokong dan menguatkan sesuatu fakta dalam penulisan. Kepelbagaian latar belakang pendidikan sama ada dalam disiplin pengajian Islam atau disiplin lain melahirkan pelbagai cara penukilan hadith dalam penulisan. Sebahagian mereka merujuk kepada sumber asal sama ada masadir atau maraji’, manakala sebahagian lagi menjadikan sumber sekunder sebagai rujukan.Bagi menilai kesahihan hadith, status dan sanad yang meriwayatkan matannya, para ulama hadith menggunakan satu kaedah yang dinamakan takhrij al-hadith. Ia menjadi satu keperluan dipelajari dan diketahui umat Islam bagi menilai kesahihan dan sumber hadith Nabi Muhammad s.a.w. Justeru, tulisan ini bertujuan mengetengahkan kepentingan memasyarakatkan ilmu takhrij hadith kepada khayalak penulis yang mempunyai latar belakang pendidikan yang berbeza dalam menukilkan hadith-hadith Nabi s.a.w dalam penulisan mereka.

TAKHRIJ HADITH DALAM MANUSKRIP JAWI: TUMPUAN KEPADA KARYA NIK MUHAMMAD SALLEH WAN MUSA

Profesor Madya Dr. Mustaffa Bin Haji Abdullah, Fadhilah Adibah Binti Ismail

Kajian ini menumpukan kepada usaha mentakhrij kitab manuskrip Jawi yang ditulis oleh ulama Kelantan iaitu Nik Muhammad Salleh Wan Musa. Beliau menghasilkan beberapa karya manuskrip Jawi, bagaimanapun kajian ini hanya memberi fokus untuk mentakhrij hadith dalam karyanya yang masih berbentuk manuskrip iaitu Kuliah Pengajian al-Quran. Usaha ini bukanlah untuk memandang rendah kepada usaha beliau menghasilkan karya, sebaliknya menjelaskan darjat hadith yang digunapakai di dalam karyanya itu.


TAKHRIJ HADITH DALAM PENULISAN TESIS PHD DI JABATAN FIQH DAN USUL, AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA

Profesor Madya Dr Abdul Karim Ali, Wan Mohd Khairul Firdaus bin Wan Khairuddin

Ilmu takhrij hadith merupakan satu ilmu dalam mengenal tahap kesahihan sesuatu hadith. Ilmu ini didefinisikan sebagai satu ilmu dimana muhaddith mengeluarkan hadith-hadith daripada lembaran lembaran,kitab-kitab dan seumpamanya untuk memberi ulasan terhadapnya dan menyebut dari mana hadis itu diambil daripada kitab-kitab hadith terdahulu Ini diertikan sebagai satu cabang ilmu daripada ilmu-ilmu hadith dimana sesorang yang ingin mengetahui asal usul setiap hadith yang ditemui boleh menggunakan kaedah-kaedah yang cara-cara yang telah ditetapkan dalam ilmu ini. ini akan membantu dalam mengetahui darjat hadith tersebut. Ia juga adalah satu ilmu yang berbentuk amali dan praktikal bagi ilmu hadith dan mustalahnya. Ia berkait rapat dengan kajian sanad dan matan hadith. Melalui ilmu ini, seseorang akan akan didedahkan dengan berbagai-bagai karya dan sumber utama dalam pengajian hadith Dalam kertas kerja ini tidak difokuskan kepada pengenalan ilmu ini kerana kajian ini lebihterbatas kepada penggunaan ilmu ini dalam setiap hadith yang diguna pakai oleh calon-calon PhD di Jabatan Usul Fiqh. Oleh yang demikian, pentakrifan ilmu ini tidak diterangkan secara lebih terperinci, hanya memberi kefahaman sahaja tentang ilmu takhrij hadith ini


TAKHRIJ HADITH DALAM TAFSIR AL-AZHAR: TUMPUAN KHUSUS KEPADA HADITH-HADITH DALAM SURAH AL-FATIHAH

Profesor Dato’ Dr Mohd Yakub @ Zulkifli Bin Haji Mohd Yusoff, Ustaz Abdul Hafiz bin Hj. Abdullah

Prof. Dr. HAMKA amat menekankan tentang pembelajaran ilmu berkaitan hadith seperti Ilmu Hadith dan Ilmu Mustalah Hadith samada berkaitan sanad sesebuah hadith atau matanya. Beliau menjelaskan bahawa penelitian terhadap matan sesebuah hadith memerlukan perhatian yang mendalam dan keistimewaan.Tafsir Al-Azhar merupakan karya agung Prof. Dr. HAMKA, beliau telah mencurahkan segala daya dan tenaganya bagi menghasilkan tafsir ini. Tafsir Al-Azhar dianggap sebagai sebuah ensiklopedia agama yang dapat menandingi tafsir-tafsir dalam bahasa Arab. Tafsir Al-Azhar merupakan sebuah tafsir yang tidak menyimpang daripada kaedah tafsir yang baik, Prof. Dr. HAMKA telah mentafsirkan al-Qur’an dengan menggunakan metodologi pentafsiran al-Qur’an dengan al-Qur’an, al-Qur’an dengan hadith, al-Qur’an dengan aqwal al-Sahabah dan al-Qur’an dengan aqwal al-Tabi‘in. Sumber pentafsiran yang digunakan oleh Buya HAMKA dalam mentafsirkan al-Qur’an adalah pentafsiran ayat dengan ayat yang lain, juga ayat dengan hadith (al-tafsir bi al-ma’thur). Di samping Buya HAMKA juga menggunakan sejarah, antropologi dan sosiologi sebagai sumber pentafsiran untuk memperkaya tafsirnya


Peran Ulama Kerajaan Riau-Lingga Terhadap Politik Penjajah Belanda (1900-1913)

Profesor Dato’ Dr Zulkifli Hj Mohd Yusoff , Dr. Mohd Roslan bin Hj Mohd Nor, Ahmad Dahlan, Amin Maulana

Kerajaan Riau-Lingga yang sebelumnnya ianya dikenali sebagai kerajaan Johor yang wilayahnya meliputi Kepulauan Riau-Lingga, Singapura, sebahagian tanah Semenanjung, serta beberapa wilayah di pesisir laut Timur Pulau Sumatera, adalah sebuah kerajaan Melayu Islam yang berkuasa di rantau ini. Namun setelah takluknya Yang Dipertuan Muda Riau Raja Haji tahun 1784 yang kemudian disusuli dengan perjanjian sepihak Inggris-Belanda (Traktat London) yang membagi kerajaan itu pada tahun 1824, ianya hanya tersisa sebagian kecil sahaja wilayah kebesaran masa lalunya itu. Ilmuwan dan Ulama dengan tokoh utamanya yang amat berperanan dalam pemerintahan Kerajaan Riau-Lingga ialah Raja Ali Tengku Kelana @ Raja Ali Kelana, Raja Hitam atau Raja Khalid Hitam, Raja Abdul Rahman Kecik, Raja Muhammad serta Tengku Besar calon Sultan Riau-Lingga.


Peranan Ulama Melayu Dalam Memelihara Sanad Hadith : Kajian Terhadap Sumbangan Seikh Yasin al-Fadani al-Maky.

Amin Maulana, Ahmad Dahlan, Dr. Khadher Ahmad, Dr Mohd Murshidi Mohd Noor Dr. Faisal Haji Ahmad Shah, Dr. Mohd Roslan Haji Mohd Noor, Profesor Madya Dr Mustaffa Haji Abdullah,Profesor Madya Dr Ishak Haji Suliaman, Profesor Madya Dr Fauzi Deraman, Profesor Dato’ Dr Zulkifli Haji Mohd Yusoff

Abstrak, Dalam sepanjang abad ke 13 dan 14 tercatat bahawa ramai pelajar dari tanah melayu yang berlayar ke hejaz untuk menuntut ilmu dengan ulama di mekkah dan sekitarnya.Mereka mengikuti kelas – kelas pengajian di masjid al-Haram Makkah dan masjid al-Nabawi Madinah al-Munawarah, di hejaz masa itu banyak tempat pengajian, mereka bebas memilih mana yang mereka sukai, ada di antara mereka yang mengikuti pengajian di madrasah soulatiyah, al-falah dan madrasah darul ulum al-diniyah, iaitu kelas mengaji di luar masjid al-haram dan madrasah madrasah itu di didirikan oleh ulama melayu yang bermukim di makkah Ada sebahagian pelajar yang berjaya lalu memilih menetap di mekkah, ada juga yang memilih kembali ke kampong halaman mereka di alam melayu.Ada diantara pelajar itu yang menetap di mekkah sehingga beranak pinak, misalnya Syeikh Yasin al-fadani seorang ulama keturunan dari alam melayu yang di lahirkan di kota Mekkah. Kajian ini akan menghuraikan peranan Seikh Yasin al-Fadani dalam memelihara sanad hadith.

Mengenal Sejarah Perkembangan Qiraat Di Indonesia

Profesor Dato’ Dr Zulkifli Haji Mohd Yusoff, Amin Maulana

Al-Qur’an yang diturunkan Allah kepada umat manusia melalui perantaraan Malaikat Jibril sejak 1500 tahun dahulu tetap kekal tanpa ada sebarang perubahan atau pindaan seperti yang diterima oleh junjungan besar Nabi Muhammad saw, Al-Qur’an merupakan kitab petunjuk dan pemandu kepada umat manusia di dalam melaksanakan kewajipan mereka mengurus dan mentadbir bumi ini. Di dalamnya terkandung hukum-hukum serta panduan-panduan yang membawa ke arah kesejahteraan.







.

No comments:

Post a Comment

siaran langsung dari madinah al-munawarah