Amalan Sunat dilakukan pada Hari Asyura (10 Muharram):
1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Semoga Allah melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Semoga Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti. ... 3. Menahan marah. Fadilatnya - Semoga Allah memasukkannya ke dalam golongan yang redha di Akhirat nanti.
4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Semoga Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Semoga Allah mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
6. Bersedekah. Fadilatnya - Semoga Allah menjauhkannya daripada azab neraka sejauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Semoga Allah mengurniakan cahaya keimanan selama hidupnya.
8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Semoga Allah hindar dia dari sakit yang bersangatan (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat Hari Asyura kerana Allah Taala."
9. Bercelak. Fadilatnya - Semoga Allah hindar dia dari sakit mata pada tahun itu.
10. Membaca Surahtul Ikhlas ( Qulhuwallah) 1,000 kali. Fadilatnya - Semoga Allah memandangnya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
11. Sembahyang sunat Asyura empat rakaat. Fadilatnya - Semoga Allah mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat Hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali.
12. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Semoga Allah memberinya pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
13. Puasa Sunat Asyura. Fadilat - Semoga Allah memberinya pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada azab neraka. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala".